Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2017

ABANG KOSMETIK RASA DIPERMAINKAN MEDIA?

(Lihat VIDEO)Sebelum ini, kisah hangat diperkatakan mengenai teguran Chef Wan kepada Dato' Alif shukri di dalam akaun Instgram beliau apabila Dato' Alif shukri sendiri memuat naik video makan di tepi jalan ketika bercuti di Switzerland baru-baru ini. Menurut Chef, itu hanya teguran seorang ayah kepada anaknya dan tiada niat untuk mencabar atau memburukkan nama baik usahawan kosmetik terkenal itu. Baru-baru ini mereka dipertemukan di majlis anjuran Utusan dan kebetulan pula mereka duduk semeja ketika itu. Lalu, Dato' Alif shukri dengan nada bergurau memuat naik dalam akaun instagram beliau menyatakan pihak media seperti sengaja meletakkan mereka duduk semeja dalam majlis tersebut. Berikut adalah kapsyen beliau: " Alamak, habislah aku.. Bila saya ke event ulangtahun @wanitamagazine ke 48 anjuran Utusan untuk menerima anugerah.. saya amat terkejut juga apabila seat saya bersebelahan dengan datuk prof @chefwan58.. Rasa saya macam nak dikenakan media je..

SALAH FAHAM JAMAK DAN QASAR

Allah SWT memberi dua kemudahan kepada orang yang bermusafir untuk melaksanakan solat iaitu JAMAK dan QASAR. Untuk seseorang itu mendapat kelayakan rukhsah(keringanan) solat musafir(jamak dan qasar) mestilah menepati beberapa syarat. Berikut adalah syarat-syarat yang dimaksudkan: Pertama: Mestilah berada di dalam keadaan bermusafir iaitu perjalanan ke destinasi sekurang-kurangnya dua marhalah. Kedua: Perjalanannya telah melepasi pagar qaryah(boleh diterjemahkan sebagai kawasan kampung, taman perumahan, mukim atau daerah mengikut uruf setempat). Ketiga: Tidak mengikuti imam solat yang bermukim jika ingin mengqasarkan solat. Keempat: Tidak berniat menetap selama empat hari atau lebih di tempat yang dituju selain pada hari mula sampai dan pada hari akan keluar dari destinasi. (Rujuk: al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’ie, Jilid 1, Bab Solat Musafir) HUKUM YANG DISALAH ERTI Syarat ke-4 merupakan perkara yang PALING DISALAH ERTIKAN oleh ramai orang. Sehing