Langkau ke kandungan utama

Ketahui 6 jenis masakan udang yg ringkas

Buat penggemar udang, anda perlu tahu masakan udang yg paling mudah untuk dimasak agar anak2 dan suami sentiasa rindu masakan anda..

1.UDANG GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan:
20 gm udang - dibersihkan
20 gm serbuk kari
10 gm serbuk jintan manis
10 gm serbuk jintan putih
10 gm serbuk cili
Sebutir telur
Garam dan lada sulah secukupnya
Sedikit minyak

Cara-cara membuat:
1. Campurkan serbuk kari, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan serbuk cili bersama sebutir telur dalam mangkuk. Kacau hingga sebati.
2. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. Kemudian masukkan udang yang telah dibersihkan.
3. Panaskan minyak dan goreng udang hingga garing.


2.TOM YAM UDANG

Bahan-bahan:
200 gm udang - dibersihkan
2 batang serai - dihiris
15 gm cili padi - dititik
Sedikit lengkuas - dihiris
2 helai daun limau
Sedikit pes tom yam
Garam secukup rasa
Sedikit air

Cara-cara membuat:
1. Panaskan air dalam kuali dan masukkan serai bersama lengkuas. Masukkan cili padi dalam kuali tadi.
2. Masukkan pula daun limau, pes tom yam dan biarkan hingga mendidih. Kemudian masukkan garam secukup rasa dan udang. Biarkan hingga masak.

3. UDANG BERSAMBAL

Bahan-bahan:
200 gm udang – dibersihkan & dibelah belakang
50 gm cili kering - dikisar
20 gm bawang merah    }
10 gm bawang putih    }dikisar
10 gm belacan bakar    }
20 gm air asam
Garam dan gula secukupnya
Sedikit minyak

Cara-cara membuat:
1. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan cili kering dalam tumisan tadi dan biar hingga naik minyak.
2.  Masukkan air asam, garam dan gula secukup rasa. Biarkan hingga sebati dan masukkan udang.
3. Biarkan seketika dan bolehlah dihidangkan.


4.UDANG MASAK LEMAK

Bahan-bahan:
200 gm udang – dibersihkan
50 gm bawang merah    }
10 gm bawang putih    }
10 gm cili padi    }dikisar
Sedikit kunyit hidup    }
2 batang serai –dititik
200 gm santan
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara membuat:
1. Masukkan bahan kisar bersama serai dalam kuali.
2. Masukkan santan, garam dan gula secukup rasa. Kemudian masukkan udang dan biarkan hingga masak.
3. Biarkan seketika dan bolehlah dihidangkan.


5. UDANG GORENG KUNYIT

Bahan-bahan:
200 gm udang –dibersihkan
10 gm serbuk kunyit
20 gm bawang besar –di mayang
10 gm cili padi –diketuk
10 gm daun kari
Garam dan lada sulah secukupnya
Sedikit minyak

Cara-cara membuat:
1. Gaulkan udang bersama serbuk kunyit, garam dan lada sulah hingga sebati.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng udang.
3. Masukkan bawang besar, daun kari, cili padi dan gaulkan bersama udang. Biarkan seketika dan boleh dihidangkan.


6.UDANG ALA HAWAIIAN

Bahan-bahan:
200 gm udang
20 gm lada benggala hijau – dipotong dadu
20 gm lada benggala merah – dipotong dadu
20 gm bawang besar
20 gm nanas – dipotong dadu
20 gm cendawan butang
Batang lidi

Cara-cara membuat:
1. Ambil batang lidi dan cucukan udang diselang- seli dengan lada benggala, cendawan butang dan juga nanas.
2. Sediakan kuali leper dan bakar udang hingga masak. Hidangkan bersama sos bersesuaian.

Catatan popular daripada blog ini

5 Kesalahan Memakai Bra Yang Wanita Perlu Tahu!!

Hakikatnya ramai wanita di luar sana tidak memakai bra dengan cara yang betul. Akibatnya payudara cenderung menjadi kendur, tidak anjal dan berlakunya masalah benjolan lemak di sana sini. Untuk memelihara harta kaum Hawa, kami kongsikan kesalahan wanita dan tip tepat memakai payudara. 1. Memakai Cangkuk Coli Terakhir Cara Tepat:  Ramai wanita yang memakai cangkuk coli yang terakhir kerana mahukan keselesaan atau mengetatkan coli pada tubuh. Sebenarnya pemakaian coli mempunyai langkah khusus. Untuk pemakaian coli baru, anda disaran memulakan dengan cangkuk yang paling longgar. Jika coli terletak baik pada tubuh tanpa memberi kesan ketat, itu tandanya anda sudah menemui coli yang sesuai. 2. Tali Coli Belakang Terangkat Cara Tepat: Perhatikan bahagian belakang anda, pastikan tali coli tidak terangkat. Jika ini berlaku, anda salah memilih coli. Tali coli  yang dipakai sepatutnya selari dari bahagian depan sehingga ke belakang. Barulah ia melekap sempurna pada tu...

Nak Tahu Cara Masak Kari Ayam Lebih Enak? Baca ni!

Nak sediakan menu kari memang mudah. Rasanya sesiapa pun boleh menyediakannya.Ikut je resipi sedia ada. Tapi nak dapatkan rasa kuah kari yang power dan kawww, itu yang kena tau caranya. Mak-mak boleh cuba tip ini untuk jadikan masakan kari lebih sedap; 1.Pilih Rempah Asli Pemilihan rempah kari juga sangat penting bagi memastikan kuah kari jadi lebih sedap. Pastikan memilih rempah kari yang benar-benar asli dan tentukan pilihan rempah mengikut menu yang ingin disediakan. Terdapat dua jenis rempah kari, sama ada rempah kari ayam & daging atau rempah kari ikan & seafood. Tentukan pilihan rempah mengikut menu yang ingin disediakan. 2.Tumis hingga garing Pastikan semasa menumis rempah kari menggunakan minyak yang banyak. Masukkan sahaja rempah tersebut selepas menumis bawang dan bahan-bahan lain. Pastikan selalu dikacau dan keadaan rempah benar-benar garing sebelum dimasukkan santan. 3.Santan Bagi kari daging dan ayam, memang lebih sedap ditambahkan dengan santan ag...