PENGERUSI Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Tan Sri Sharir Abdul Samad mempersoalkan ke mana perginya baki wang hasil penyenaraian Felda Global Venture, FGV berjumlah RM4.3 bilion. Menurut Shahrir, FELDA menerima sejumlah wang RM6 bilion hasil penyenaraian FGV yang menjadi harta perniagaan FELDA. Daripada jumlah itu, sebanyak RM1.7 bilion telah dibelanjakan untuk memberi durian runtuh kepada setiap peneroka sebanyak RM15,000. "FELDA mendapat RM6 billion hasil penyenaraian FGV iaitu harta bisnes FELDA. Daripada jumlah itu, RM1.7 billion kita belanjakan sebagai durian runtuh. Kita sampaikan kepada peneroka dan keluarga mereka iaitu RM15,000 satu keluarga ada bakinya RM4.3 billion lagi," katanya. "Jadi RM4.3 billion ini mana pergi? Ini agaknya saya rasa mengecewakan peneroka yang dah begitu rapat dengan FELDA, begitu sanjung peranan FELDA, saya rasa mereka pun kecewa," kata beliau kepada pemberita pada Program Gotong-royong Cegah Wabak Denggi di Pan