Lagu ni memang win.
Hakikatnya ramai wanita di luar sana tidak memakai bra dengan cara yang betul. Akibatnya payudara cenderung menjadi kendur, tidak anjal dan berlakunya masalah benjolan lemak di sana sini. Untuk memelihara harta kaum Hawa, kami kongsikan kesalahan wanita dan tip tepat memakai payudara. 1. Memakai Cangkuk Coli Terakhir Cara Tepat: Ramai wanita yang memakai cangkuk coli yang terakhir kerana mahukan keselesaan atau mengetatkan coli pada tubuh. Sebenarnya pemakaian coli mempunyai langkah khusus. Untuk pemakaian coli baru, anda disaran memulakan dengan cangkuk yang paling longgar. Jika coli terletak baik pada tubuh tanpa memberi kesan ketat, itu tandanya anda sudah menemui coli yang sesuai. 2. Tali Coli Belakang Terangkat Cara Tepat: Perhatikan bahagian belakang anda, pastikan tali coli tidak terangkat. Jika ini berlaku, anda salah memilih coli. Tali coli yang dipakai sepatutnya selari dari bahagian depan sehingga ke belakang. Barulah ia melekap sempurna pada tu...