Langkau ke kandungan utama

5 MAUT PESAWAT TENTERA US TERHEMPAS

WASHINGTON: Sekurang-kurangnya lima terbunuh apabila sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) terhempas di Mississippi. Media, Clarion-Ledger melaporkan, pesawat milik Kor Marin AS C-130, iaitu sebuah pesawat pembawa bahan bakar terhempas di sempadan daerah Sunflower-Leflore. Laporan itu memetik kenyataan Pengarah Agensi Pengurusan Kecemasan Mississippi, Lee Smithson sebagai sumber maklumat. Insiden itu turut disahkan pihak tentera tetapi enggan mendedahkan lokasi kejadian. "USMC KC-130 terbabit dalam kemalangan yang berlaku pada petang, semalam.
Maklumat lanjut akan dimaklumkan sebaik sahaja diterima," kata Kor Marin dalam satu kenyataan menerusi akaun Twitter. Sementara itu, jurucakap Pentagon dalam kenyataan berasingan mengesahkan hanya pesawat Kor Marin yang terbabit dalam insiden terbabit. Difahamkan kejadian itu berlaku kira-kira jam 4.00 petang (waktu tempatan) dan pasukan bomba bertindak menyembur pesawat menggunakan buih sabun untuk memadamkan kebakaran. Terdapat sesetengah media melaporkan sembilan terbunuh dalam pesawat itu tanpa mengatakan sumber. - AFP

Catatan popular daripada blog ini

5 Kesalahan Memakai Bra Yang Wanita Perlu Tahu!!

Hakikatnya ramai wanita di luar sana tidak memakai bra dengan cara yang betul. Akibatnya payudara cenderung menjadi kendur, tidak anjal dan berlakunya masalah benjolan lemak di sana sini. Untuk memelihara harta kaum Hawa, kami kongsikan kesalahan wanita dan tip tepat memakai payudara. 1. Memakai Cangkuk Coli Terakhir Cara Tepat:  Ramai wanita yang memakai cangkuk coli yang terakhir kerana mahukan keselesaan atau mengetatkan coli pada tubuh. Sebenarnya pemakaian coli mempunyai langkah khusus. Untuk pemakaian coli baru, anda disaran memulakan dengan cangkuk yang paling longgar. Jika coli terletak baik pada tubuh tanpa memberi kesan ketat, itu tandanya anda sudah menemui coli yang sesuai. 2. Tali Coli Belakang Terangkat Cara Tepat: Perhatikan bahagian belakang anda, pastikan tali coli tidak terangkat. Jika ini berlaku, anda salah memilih coli. Tali coli  yang dipakai sepatutnya selari dari bahagian depan sehingga ke belakang. Barulah ia melekap sempurna pada tu...

Ketahui 6 jenis masakan udang yg ringkas

Buat penggemar udang, anda perlu tahu masakan udang yg paling mudah untuk dimasak agar anak2 dan suami sentiasa rindu masakan anda.. 1.UDANG GORENG BEREMPAH Bahan-bahan: 20 gm udang - dibersihkan 20 gm serbuk kari 10 gm serbuk jintan manis 10 gm serbuk jintan putih 10 gm serbuk cili Sebutir telur Garam dan lada sulah secukupnya Sedikit minyak Cara-cara membuat: 1. Campurkan serbuk kari, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan serbuk cili bersama sebutir telur dalam mangkuk. Kacau hingga sebati. 2. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. Kemudian masukkan udang yang telah dibersihkan. 3. Panaskan minyak dan goreng udang hingga garing. 2.TOM YAM UDANG Bahan-bahan: 200 gm udang - dibersihkan 2 batang serai - dihiris 15 gm cili padi - dititik Sedikit lengkuas - dihiris 2 helai daun limau Sedikit pes tom yam Garam secukup rasa Sedikit air Cara-cara membuat: 1. Panaskan air dalam kuali dan masukkan serai bersama lengkuas. Masukkan cili padi d...

Nak Tahu Cara Masak Kari Ayam Lebih Enak? Baca ni!

Nak sediakan menu kari memang mudah. Rasanya sesiapa pun boleh menyediakannya.Ikut je resipi sedia ada. Tapi nak dapatkan rasa kuah kari yang power dan kawww, itu yang kena tau caranya. Mak-mak boleh cuba tip ini untuk jadikan masakan kari lebih sedap; 1.Pilih Rempah Asli Pemilihan rempah kari juga sangat penting bagi memastikan kuah kari jadi lebih sedap. Pastikan memilih rempah kari yang benar-benar asli dan tentukan pilihan rempah mengikut menu yang ingin disediakan. Terdapat dua jenis rempah kari, sama ada rempah kari ayam & daging atau rempah kari ikan & seafood. Tentukan pilihan rempah mengikut menu yang ingin disediakan. 2.Tumis hingga garing Pastikan semasa menumis rempah kari menggunakan minyak yang banyak. Masukkan sahaja rempah tersebut selepas menumis bawang dan bahan-bahan lain. Pastikan selalu dikacau dan keadaan rempah benar-benar garing sebelum dimasukkan santan. 3.Santan Bagi kari daging dan ayam, memang lebih sedap ditambahkan dengan santan ag...