Langkau ke kandungan utama

TERLANJUR ANGKARA...

Apa yang ingin saya kongsi di sini adalah kesilapan paling besar pernah saya lakukan seumur hidup saya. Perkara yang saya sendiri tidak terlintas di fikiran. Saya, seorang isteri, ibu dan berkerjaya. Syukur, kehidupan kami sentiasa penuh dengan senyum tawa, kegembiraan lebih-lebih lagi dikurniakan pengikat kasih sayang yang kami nantikan selama lima tahun berkahwin.
Saya menikmati kehidupan dengan penuh kasih sayang di samping suami yang sentiasa memberikan perhatian dan kasih sayang sepenuhnya. Dikurniakan suami yang begitu penyayang, penyabar, rajin dan baik membuatkan saya cukup bersyukur di atas kurniaanNya. Namun, saya telah melakukan perkara yang tidak seharusnya berlaku dalam kehidupan saya ini.
Saya bekerja di sektor yang memerlukan berurusan dengan majoriti lelaki. Nak dikatakan cantik, tidaklah secantik mana. Mungkin kerana saya agak peramah dan bentuk badan yang tidak terlalu berubah menyebabkan kebanyakannya menganggap saya bujang. Daripada segi pemakaian tidak pula menjolok mata. Saya sentiasa mengingatkan diri bahawa saya harus menjaga nama baik suami dan maruah diri ketika di luar. Walaupun kadang kala saya lupa diri seketika dek kerana semua orang memuji saya persis anak dara.
Dalam ramai-ramai kenalan kerja saya, ada rakan sekerja lelaki yang agak rapat dengan dengan saya, walaupun berlainan syarikat. Kami sentiasa berurusan melalui telefon, jumpa, kerja bersama hingga malam. Tak pernah sehari pun kami tak berjumpa. Rakan sekerja ini pun sudah berumah tangga dan punya dua anak. Kadang kala kami kongsi hal-hal keluarga atau perihal anak. Agak seronok kerana kami tidaklah sentiasa fikirkan hal kerja sahaja. Kami keluar makan sama. Teman balik sampai kereta. Lama kelamaan, kami berborak soal hati dan kata-kata manja. Walau bagaimanapun, apabila balik ke rumah, kami tidak berhubung kerana menghormati masa bersama keluarga.
Hanyut dengan kata-kata manja dan layanan baik setiap pertemuan menjadikan kami lupa akan dosa yang dilaknat Allah SWT. Bermula dengan ciuman di pipi, akhirnya melarat hingga berpelukan. Setiap kali masuk kerja, kami tak lepaskan masa yang ada jika kami bekerja berdua. Pelukan itu umpama suami isteri. Lupa masing-masing telah berkeluarga. Whatsapp kami penuh dengan kata indah, kasih sayang. Namun, semua itu, tidak kami tunjukkan pada umum.
Baru-baru ini, saya pergi kursus di sebuah negeri. Si dia sanggup menemani saya dengan memandu jauh selepas waktu kerjanya gembiranya ingin menemani saya ke sana. Padahal dia bekerja pagi tu. Si dia sanggup. Saya terharu dengan pelawaannya untuk menemani saya di sana.
Kami berlainan bilik namun malam tu si dia mengajak saya menemaninya di bilik. Akhirnya kami berdua hanyut dan terlanjur. Saya terlanjur dengan insan lain. Selama bertahun-tahun saya berkahwin, tidak pernah terfikir dan terniat di hati untuk melakukan perkara yang dilaknat. Saya tak sangka sanggup berzina dan memberikan diri yang selama ini dijaga untuk suami kepada orang lain. Agak sedih dengan perilaku sendiri, saya malu bila memandang diri ke cermin. Saya telah mengkhianati kepercayaan dan kasih sayang suami. Saya membelakangkan suami kerana tidak dapat menahan nafsu syaitan.
Kini bila saya pandang suami dan anak, saya rasa berdosa sangat pada mereka. Saya rasa kotor sangat diri ini untuk mendekati suami yang begitu baik. Saya sentiasa terkenang dan teringat akan perbuatan saya setiap kali saya bersama suami. Ya Allah, air mata ini laju saja bila terlintas perkara itu. Mengapa iman saya terlalu rapuh walhal selama ini saya jaga dan berhati-hati bila mendekati orang lain. Saya tak sanggup memberitahu pada suami yang saya telah terlanjur dengan orang lain, suami orang.
Setiap kali saya solat, hati saya jadi sayu. Saya berdosa sangat dalam hidup saya. Adakah Allah akan mengampuni diri saya? Adakah patut untuk saya beritahu pada suami bahawa isteri yang amat dikasihi ini telah terlanjur? Apa yang patut saya lakukan?
Bantulah untuk saya berasa tenang dan dapat menikmati kehidupan saya seperti sebelum ini. Saya dan si dia mengambil keputusan untuk tidak akan mengulangi kesilapan besar ini. Kami berjanji untuk tidak akan terlalu rapat tak kira bila dan di mana. Walaupun hakikatnya kami malu dengan perilaku masing-masing. Bila sudah berlaku barulah teringat keluarga. Pengalaman yang cukup pahit dan kesilapan terbesar dalam hidup saya. Bantulah saya.

Catatan popular daripada blog ini

5 Kesalahan Memakai Bra Yang Wanita Perlu Tahu!!

Hakikatnya ramai wanita di luar sana tidak memakai bra dengan cara yang betul. Akibatnya payudara cenderung menjadi kendur, tidak anjal dan berlakunya masalah benjolan lemak di sana sini. Untuk memelihara harta kaum Hawa, kami kongsikan kesalahan wanita dan tip tepat memakai payudara. 1. Memakai Cangkuk Coli Terakhir Cara Tepat:  Ramai wanita yang memakai cangkuk coli yang terakhir kerana mahukan keselesaan atau mengetatkan coli pada tubuh. Sebenarnya pemakaian coli mempunyai langkah khusus. Untuk pemakaian coli baru, anda disaran memulakan dengan cangkuk yang paling longgar. Jika coli terletak baik pada tubuh tanpa memberi kesan ketat, itu tandanya anda sudah menemui coli yang sesuai. 2. Tali Coli Belakang Terangkat Cara Tepat: Perhatikan bahagian belakang anda, pastikan tali coli tidak terangkat. Jika ini berlaku, anda salah memilih coli. Tali coli  yang dipakai sepatutnya selari dari bahagian depan sehingga ke belakang. Barulah ia melekap sempurna pada tu...

Ketahui 6 jenis masakan udang yg ringkas

Buat penggemar udang, anda perlu tahu masakan udang yg paling mudah untuk dimasak agar anak2 dan suami sentiasa rindu masakan anda.. 1.UDANG GORENG BEREMPAH Bahan-bahan: 20 gm udang - dibersihkan 20 gm serbuk kari 10 gm serbuk jintan manis 10 gm serbuk jintan putih 10 gm serbuk cili Sebutir telur Garam dan lada sulah secukupnya Sedikit minyak Cara-cara membuat: 1. Campurkan serbuk kari, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan serbuk cili bersama sebutir telur dalam mangkuk. Kacau hingga sebati. 2. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. Kemudian masukkan udang yang telah dibersihkan. 3. Panaskan minyak dan goreng udang hingga garing. 2.TOM YAM UDANG Bahan-bahan: 200 gm udang - dibersihkan 2 batang serai - dihiris 15 gm cili padi - dititik Sedikit lengkuas - dihiris 2 helai daun limau Sedikit pes tom yam Garam secukup rasa Sedikit air Cara-cara membuat: 1. Panaskan air dalam kuali dan masukkan serai bersama lengkuas. Masukkan cili padi d...

Nak Tahu Cara Masak Kari Ayam Lebih Enak? Baca ni!

Nak sediakan menu kari memang mudah. Rasanya sesiapa pun boleh menyediakannya.Ikut je resipi sedia ada. Tapi nak dapatkan rasa kuah kari yang power dan kawww, itu yang kena tau caranya. Mak-mak boleh cuba tip ini untuk jadikan masakan kari lebih sedap; 1.Pilih Rempah Asli Pemilihan rempah kari juga sangat penting bagi memastikan kuah kari jadi lebih sedap. Pastikan memilih rempah kari yang benar-benar asli dan tentukan pilihan rempah mengikut menu yang ingin disediakan. Terdapat dua jenis rempah kari, sama ada rempah kari ayam & daging atau rempah kari ikan & seafood. Tentukan pilihan rempah mengikut menu yang ingin disediakan. 2.Tumis hingga garing Pastikan semasa menumis rempah kari menggunakan minyak yang banyak. Masukkan sahaja rempah tersebut selepas menumis bawang dan bahan-bahan lain. Pastikan selalu dikacau dan keadaan rempah benar-benar garing sebelum dimasukkan santan. 3.Santan Bagi kari daging dan ayam, memang lebih sedap ditambahkan dengan santan ag...