Dari XXXL Ke XS, Wanita Usia 41 Ini Buktikan Usia Bukan Penghalang Sukses Turunkan Berat Sampai 40kg
Ini adalah cerita inspirasi, tentang ibu anak tiga, usia 41 tahun yang berusaha menurunkan berat badan seberat 88kg.Ketika itu, baju-bajunya bersaiz XXXL. Sampailah suatu hari tuhan beri kejutan kesihatan. Sampaikan pernah murung diakibatkan masalah berat badan. Ujian dilalui dengan cekal, sampailah Mariam berjaya menukar saiz bajunya ke saiz XS. Terkini beratnya 48kg. Ini cerita Puan Mariam Awang Kechik. Kenapa Berat Naik Selepas melahirkan sebanyak 3 kali, berat tak pernah turun. Soal makan bukan satu masalah. Itu kegemara sejak dulu, ditambah kerjaya suami sebagai Chef. Sudah tentu sajiannya sedap-sedap belaka. Faktor Turunkan Berat 1. Bila disahkan paras gula dalam darah sudah sampai garis sempadan, kadar kolesterol dan asid urik yang tinggi. 2. Bakal hidapi kencing manis 3. Teguran suami; kasihan lihat dirinya yang cepat mengah 4. Mulai sakit lutut dan lenguh sendi 5. Walaupun baru 40-an, tapi fizikal macam 60 ke 70 tahun. Cara Yang Salah Selepas dibayangi