Langkau ke kandungan utama

Kisah wanita duduk bersama mertua..

Assalammualaikum...Saya dah berkahwin dan belum mempunyai anak.saya menumpang di rumah mertua sebab belum mampu menyewa dan membeli rumah sendiri,gaji suami cukup-cukup utk membayar hutang,kadang-kadang saya tak belanja,saya tak kisah yg penting suami dapat membayar hutang dan semuanya cepatnya selesai.

Masalahnya sekarang saya semakin tak tahan duduk rumah mertua,dengan ipar biras yang tak suka saya,setiap saat menyindir saya,cari kesalahan saya,apa saya buat semua jadi perhatian & salah dimata dorang.
Saya bangun awal,kemas rumah,memasak,mencuci dorang tetap anggap saya salah dimata dorang,ipar yg satu lagi bangun lambat,penyapu pun tak pernah pegang tak pernah pun dorang kutuk,bahkan dorang macam tak kisah.bahkan dorang jadi geng mengutuk saya.
Dorang hasut mertua tuk benci saya,semua buruk saya jer dorang cerita,sampai orangtua saya pun dorang kutuk.barang-barang yg dorang beli dorang sorok taknak saya guna,tapi barang-barang yg suami saya beli dorang guna.
Mertua macam anggap saya rampas anak dia,ipar benci suami saya manjakan saya.Dorang sampai tuduh saya menghabiskan duit suami,padahal saya sanggup tak belanja,tak beli keperluan saya sendiri semata-semata nak suami bayar hutang & beli barang dapur. Dorang tak pernah pun beli barang dapur,ada duit makan kat luar.
Suami berhempas pulas cari rezeki lebih cari duit lebih utk belanja & bayar hutang,hutang yg keluarga suami nikmati dulu,tapi taknak sama-sama tolong bayar,saya kesian sgt kat suami.gelang cincin pemberian mak saya dah habis saya gadai tuk tolong suami,saya nak bawak suami pindah tapi kami belum mampu,saya stress sgt duduk rumah mertua,saya dapat offer kerja berdekatan rumah orgtua saya,saya plan nak duduk rumah orgtua saya je,saya terima sebab nak tolong suami tapi berjauhan dari suami saya jadi tak sampai hati nak tinggalkan suami...saya keliru, saya terima je kerja tersebut dpt tolong suami tapi berjauhan atau tolak dan duduk rumah mertua dgn ipar biras yg tak suka saya tapi dekat dgn suami?

Pesan admin pada yang dah kawin tu, carilah rumah lain kalau dah berkahwin.

Catatan popular daripada blog ini

Nak Tahu Cara Masak Kari Ayam Lebih Enak? Baca ni!

Nak sediakan menu kari memang mudah. Rasanya sesiapa pun boleh menyediakannya.Ikut je resipi sedia ada. Tapi nak dapatkan rasa kuah kari yang power dan kawww, itu yang kena tau caranya. Mak-mak boleh cuba tip ini untuk jadikan masakan kari lebih sedap; 1.Pilih Rempah Asli Pemilihan rempah kari juga sangat penting bagi memastikan kuah kari jadi lebih sedap. Pastikan memilih rempah kari yang benar-benar asli dan tentukan pilihan rempah mengikut menu yang ingin disediakan. Terdapat dua jenis rempah kari, sama ada rempah kari ayam & daging atau rempah kari ikan & seafood. Tentukan pilihan rempah mengikut menu yang ingin disediakan. 2.Tumis hingga garing Pastikan semasa menumis rempah kari menggunakan minyak yang banyak. Masukkan sahaja rempah tersebut selepas menumis bawang dan bahan-bahan lain. Pastikan selalu dikacau dan keadaan rempah benar-benar garing sebelum dimasukkan santan. 3.Santan Bagi kari daging dan ayam, memang lebih sedap ditambahkan dengan santan ag...

MAKNA DISEBALIK WARNA AIR KENCING YANG ANDA PERLU TAHU

Kita selalu perasaan air kencing kita, kadang-kadang putih jernih, kadang-kadang kuning. Ada masa tertentu, kuningnya sangat pekat. Belum lagi warna air kencing yang pelik ketika hamil. Ada juga yang menghidapi air kencing kotor. Warna dan bau air kencing membawa makna yang penting tentang status kesihatan anda. Buah pinggang ialah organ yang bertanggungjawab menghasilkan kencing. Warna kuning pada air kencing pula disebabkan oleh pigmen yang disebut urochrome Warna air kencing yang normal ialah kuning pucat. Tahukah anda, tubuh manusia normal memerlukan sekurang-kurang 8-10 gelas air masak sehari ? Ia penting untuk mengelakkan tubuh kita daripada dehidrasi. Maksud dehidrasi adalah satu keadaan di mana tubuh kita kekurangan air. Baca lebih lanjut untuk mengetahui maksud warna air kencing Air Kencing Warna Jernih Bermaksud air dalam tubuh anda lebih dari cukup. Ini adalah baik. Walaubagaimanapun air kencing warna jernih juga boleh disebabkan oleh penyaki...

Murah Rezeki?

Jom amalkan lima perkara ini, lakukan dengan ikhlas dan sentiasa istiqamah. Insya-Allah rezeki tidak akan putus malah semakin bertambah. Bayar Hutang Kalau ada hutang dengan orang, lunaskan. Jangan tangguh-tangguh terutama apabila sudah berjanji nak bayar pada tarikh tertentu. Kalau kita mungkir janji, orang yang kita pinjam duit tak gembira. Dia mesti marah dan mungkin ada juga yang menyumpah kita. Mereka ini dikira orang teraniaya, doa mereka dimakbulkan Allah. Sebab tu kadang-kadang, kita ditimpa musibah. Contohnya, kereta rosak, tayar pancit dan kena saman. Sebab kita tak bayar hutang, duit kita ‘diambil’ dengan cara paksa. Jadi buka mata hati ye, silakan bayar hutang kalau nak hidup senang. Bagi Duit Pada Mak Ayah Sikit atau banyak bukan soalnya, bagi duit pada mak dan ayah dengan jumlah yang kita mampu. Beri setiap bulan, mak dan ayah yang menerima pemberian kita sangat gembira dan mereka pasti berdoa kita dimurahkan rezeki. Buat baik dengan mak ayah, janga...