Langkau ke kandungan utama

Ayah..Ibu... Tolonglah ajar anak-anak...

Realitinya nak mengajar itu mudah tetapi nak bagi anak-anak faham dan fokus bukan senang. Ada segelintir mak ayah tak mampu nak hantar anak sekolah masuk pra sekolah dan kesannya bila masuk sekolah murid Tahun 1 masih tidak boleh membaca, mengenal huruf, menulis, sudah pasti akan menghadapi masalah mengikuti kelas darjah 1. Sudahnya apa yang ibu ayah perlu buat? Ikuti sedikit perkongsian dari seorang cikgu Matematik, Mohd Fadli Salleh ini...

Prasekolah hanya muat 25 orang. Selebihnya, murid kena ke tadika swasta. Dan bukan semua mampu nak bayar dan masuk tadika swasta.

Makanya, ada segelintir murid tercicir dan ibu bapa pula kurang ambil berat dengan pelajaran anak-anak. Hasilnya, di tahun 1 murid masih tidak mengenal nombor 1,2,3 dan huruf A,B,C.

Allahu. Mengajar kelas hujung sebeginilah benar-benar mencabar kesabaran. Perlu kreativiti lebih. Tapi kalau dah nombor pun murid tak kenal, macam mana nak ikuti silibus yang menggunung tinggi?

Mati minat murid pada Matematik nanti. Allahu. Di kelas hujung sebegini guru-guru paling banyak beristighfar. Menenangkan diri, memujuk hati sendiri.

Tolonglah tunjuk ajar anak-anak di rumah juga. Kesian kat mereka. Kami di sekolah tak mampu nak coaching one to one. Kami perlu mengajar secara kelas dan mengikut silibus yang digubal.

Entahlah. Moga ada sinar untuk anak-anak ini hari esok. Hanya mampu berdoa.

CUBA RUJUK SILIBUS TERBARU ANAK

Sebelum topik Bundar, topik Anggaran. Sebelum topik Anggaran, topik Lebih atau Kurang.

Ini silibus Matematik Tahun 1 KSSR Semakan. Mudahnya mengajar murid untuk faham soalan 1, (a) hingga (d). Ajar 5 minit murid dah dapat buat dengan jayanya.

Masuk soalan nombor 2, rasa nak menangis jelaskan kat murid. Sejam aku terangkan, masih ramai tak faham-faham.

Topik asas tambah dan tolak pun murid tak belajar lagi. Tapi soalan melibatkan penambahan dan penolakan telah pun keluar.

Dan dan tu pula dia selit solan KBAT. Dia bagi tempat kosong kat tengah pulak dah. Budak baru nak faham jawab soalan nombor 2 (a) dan (b), masuk soalan (c) dan (d) mereka konfius balik.

Jadi kat sini aku nak tegaskan pada ibu bapa sekalian. Kau tengok sendiri betapa 'advance'nya silibus anak-anak kau orang. Tapi kapasiti kelas kita masih lagi macam tahun 60an.

Dalam sekelas ada 40 orang muridnya. Mana sempat cikgu nak tumpu pada anak kau seorang. Murid lambat faham cikgu kena teruskan ajar topik lain pula. Tak boleh tunggu hingga dia faham.

Kalau tak, silibus tak sempat habis. Bila silibus tak habis, tahun depan lagi teruk keputusan anak kau. Sebab silibus ini dia berangkai dari Tahun 1 hingga Tahun 6.

Jadi, nak tak nak kau wajib ajar anak kau kat rumah. Luang masa sekejap bersama anak-anak. Ajar dia Matematik, BM, BI, Sains dan segala macam.

Kalau kau kaya, panggil je cikgu datang rumah. Buat tuisyen individu.

Dan ya. Lepas anak kau UPSR nanti, dia boleh terus jadi engineer. Atau lawyer. Atau saintis. Atau apa sajalah. Kalau tengok pada tahap silibus ni lah. Hmmm...

Catatan popular daripada blog ini

Nak Tahu Cara Masak Kari Ayam Lebih Enak? Baca ni!

Nak sediakan menu kari memang mudah. Rasanya sesiapa pun boleh menyediakannya.Ikut je resipi sedia ada. Tapi nak dapatkan rasa kuah kari yang power dan kawww, itu yang kena tau caranya. Mak-mak boleh cuba tip ini untuk jadikan masakan kari lebih sedap; 1.Pilih Rempah Asli Pemilihan rempah kari juga sangat penting bagi memastikan kuah kari jadi lebih sedap. Pastikan memilih rempah kari yang benar-benar asli dan tentukan pilihan rempah mengikut menu yang ingin disediakan. Terdapat dua jenis rempah kari, sama ada rempah kari ayam & daging atau rempah kari ikan & seafood. Tentukan pilihan rempah mengikut menu yang ingin disediakan. 2.Tumis hingga garing Pastikan semasa menumis rempah kari menggunakan minyak yang banyak. Masukkan sahaja rempah tersebut selepas menumis bawang dan bahan-bahan lain. Pastikan selalu dikacau dan keadaan rempah benar-benar garing sebelum dimasukkan santan. 3.Santan Bagi kari daging dan ayam, memang lebih sedap ditambahkan dengan santan ag...

MAKNA DISEBALIK WARNA AIR KENCING YANG ANDA PERLU TAHU

Kita selalu perasaan air kencing kita, kadang-kadang putih jernih, kadang-kadang kuning. Ada masa tertentu, kuningnya sangat pekat. Belum lagi warna air kencing yang pelik ketika hamil. Ada juga yang menghidapi air kencing kotor. Warna dan bau air kencing membawa makna yang penting tentang status kesihatan anda. Buah pinggang ialah organ yang bertanggungjawab menghasilkan kencing. Warna kuning pada air kencing pula disebabkan oleh pigmen yang disebut urochrome Warna air kencing yang normal ialah kuning pucat. Tahukah anda, tubuh manusia normal memerlukan sekurang-kurang 8-10 gelas air masak sehari ? Ia penting untuk mengelakkan tubuh kita daripada dehidrasi. Maksud dehidrasi adalah satu keadaan di mana tubuh kita kekurangan air. Baca lebih lanjut untuk mengetahui maksud warna air kencing Air Kencing Warna Jernih Bermaksud air dalam tubuh anda lebih dari cukup. Ini adalah baik. Walaubagaimanapun air kencing warna jernih juga boleh disebabkan oleh penyaki...

Murah Rezeki?

Jom amalkan lima perkara ini, lakukan dengan ikhlas dan sentiasa istiqamah. Insya-Allah rezeki tidak akan putus malah semakin bertambah. Bayar Hutang Kalau ada hutang dengan orang, lunaskan. Jangan tangguh-tangguh terutama apabila sudah berjanji nak bayar pada tarikh tertentu. Kalau kita mungkir janji, orang yang kita pinjam duit tak gembira. Dia mesti marah dan mungkin ada juga yang menyumpah kita. Mereka ini dikira orang teraniaya, doa mereka dimakbulkan Allah. Sebab tu kadang-kadang, kita ditimpa musibah. Contohnya, kereta rosak, tayar pancit dan kena saman. Sebab kita tak bayar hutang, duit kita ‘diambil’ dengan cara paksa. Jadi buka mata hati ye, silakan bayar hutang kalau nak hidup senang. Bagi Duit Pada Mak Ayah Sikit atau banyak bukan soalnya, bagi duit pada mak dan ayah dengan jumlah yang kita mampu. Beri setiap bulan, mak dan ayah yang menerima pemberian kita sangat gembira dan mereka pasti berdoa kita dimurahkan rezeki. Buat baik dengan mak ayah, janga...