Langkau ke kandungan utama

Dari XXXL Ke XS, Wanita Usia 41 Ini Buktikan Usia Bukan Penghalang Sukses Turunkan Berat Sampai 40kg

Ini adalah cerita inspirasi, tentang ibu anak tiga, usia 41 tahun yang berusaha menurunkan berat badan seberat 88kg.Ketika itu, baju-bajunya bersaiz XXXL. Sampailah suatu hari tuhan beri kejutan kesihatan. Sampaikan pernah murung diakibatkan masalah berat badan.

Ujian dilalui dengan cekal, sampailah Mariam berjaya menukar saiz bajunya ke saiz XS. Terkini beratnya 48kg. Ini cerita Puan Mariam Awang Kechik.


Kenapa Berat Naik

Selepas melahirkan sebanyak 3 kali, berat tak pernah turun. Soal makan bukan satu masalah. Itu kegemara sejak dulu, ditambah kerjaya suami sebagai Chef. Sudah tentu sajiannya sedap-sedap belaka.


Faktor Turunkan Berat

1. Bila disahkan paras gula dalam darah sudah sampai garis sempadan, kadar kolesterol  dan asid urik yang tinggi.

2. Bakal hidapi kencing manis

3. Teguran suami; kasihan lihat dirinya yang cepat mengah

4. Mulai sakit lutut dan lenguh sendi

5. Walaupun baru 40-an, tapi fizikal macam 60 ke 70 tahun.

Cara Yang Salah

Selepas dibayangi alasan-alasan di atas, Mariam berusaha turunkan berat badan dengan cara pantas. Dalam masa 2 bulan dia lakukan ini:

- Briskwalk setiap petang di sekitar taman perumahan.

- Ikat perut sebab nak berat turun dengan pantas.

Rupanya caranya salah sebab tak beri kesan apa pun. Dia mula google di Internet dan mencari maklumat turunkan berat badan.

Ini Yang Ditemui, Kumpulan Sokongan Yang Betul

- Temui di Internet, Tengku Asmadi yang memberi tunjuk ajar menegnai kaedah berdiet yang lebih mudah difahami.

- Ada kumpulan sokongan menerusi grup WhatsApp 'Kurusku Ibadahku' yang diasaskan oleh Tengku Asmadi

- Mula berdiet sendirian dengan rutin pemakanan yang di ajar di blog Asmadi, hasilnya kehilangan 19 KILOGRAM.

- Dari berat asal 88 KILOGRAM, Mariam kini seberat 48 KILOGRAM!

- Senaman sumbangkan 20% pengurangan berat, selebihnya PERUBAHAN GAYA HIDUP.

- Rutinnya, 3x seminggu akan bersenam. Dia mula berlari dan ikuti acara larian.

Rutin Pemakanan Mariam

5:00 pagi: Segelas air putih yang dicampur dengan perahan lemon dan cuka epal untuk detoks

7:00 pagi: Sarapan dengan segelas minuman buah-buahan kisar dan sekeping roti gandum penuh yang dibakar (kosong sahaja)

10:00 pagi: Segelas minuman buah-buahan kisar atau salad mentah

1:00 tengah hari: Sepotong betik atau nanas sebelum makan. Nasi dalam kuantiti separuh bersama ayam atau ikan bersama tiga jenis sayuran

4:00 petang: Minuman buah-buahan kisar atau makan kekacang (kacang tanah putih yang dibakar, badam atau pun gajus).

7:00 malam: Minuman buah-buahan kisar

*** Elakkan pengambilan makanan dan minuman yang manis
sumber: MW

Catatan popular daripada blog ini

Nak Tahu Cara Masak Kari Ayam Lebih Enak? Baca ni!

Nak sediakan menu kari memang mudah. Rasanya sesiapa pun boleh menyediakannya.Ikut je resipi sedia ada. Tapi nak dapatkan rasa kuah kari yang power dan kawww, itu yang kena tau caranya. Mak-mak boleh cuba tip ini untuk jadikan masakan kari lebih sedap; 1.Pilih Rempah Asli Pemilihan rempah kari juga sangat penting bagi memastikan kuah kari jadi lebih sedap. Pastikan memilih rempah kari yang benar-benar asli dan tentukan pilihan rempah mengikut menu yang ingin disediakan. Terdapat dua jenis rempah kari, sama ada rempah kari ayam & daging atau rempah kari ikan & seafood. Tentukan pilihan rempah mengikut menu yang ingin disediakan. 2.Tumis hingga garing Pastikan semasa menumis rempah kari menggunakan minyak yang banyak. Masukkan sahaja rempah tersebut selepas menumis bawang dan bahan-bahan lain. Pastikan selalu dikacau dan keadaan rempah benar-benar garing sebelum dimasukkan santan. 3.Santan Bagi kari daging dan ayam, memang lebih sedap ditambahkan dengan santan ag...

MAKNA DISEBALIK WARNA AIR KENCING YANG ANDA PERLU TAHU

Kita selalu perasaan air kencing kita, kadang-kadang putih jernih, kadang-kadang kuning. Ada masa tertentu, kuningnya sangat pekat. Belum lagi warna air kencing yang pelik ketika hamil. Ada juga yang menghidapi air kencing kotor. Warna dan bau air kencing membawa makna yang penting tentang status kesihatan anda. Buah pinggang ialah organ yang bertanggungjawab menghasilkan kencing. Warna kuning pada air kencing pula disebabkan oleh pigmen yang disebut urochrome Warna air kencing yang normal ialah kuning pucat. Tahukah anda, tubuh manusia normal memerlukan sekurang-kurang 8-10 gelas air masak sehari ? Ia penting untuk mengelakkan tubuh kita daripada dehidrasi. Maksud dehidrasi adalah satu keadaan di mana tubuh kita kekurangan air. Baca lebih lanjut untuk mengetahui maksud warna air kencing Air Kencing Warna Jernih Bermaksud air dalam tubuh anda lebih dari cukup. Ini adalah baik. Walaubagaimanapun air kencing warna jernih juga boleh disebabkan oleh penyaki...

Murah Rezeki?

Jom amalkan lima perkara ini, lakukan dengan ikhlas dan sentiasa istiqamah. Insya-Allah rezeki tidak akan putus malah semakin bertambah. Bayar Hutang Kalau ada hutang dengan orang, lunaskan. Jangan tangguh-tangguh terutama apabila sudah berjanji nak bayar pada tarikh tertentu. Kalau kita mungkir janji, orang yang kita pinjam duit tak gembira. Dia mesti marah dan mungkin ada juga yang menyumpah kita. Mereka ini dikira orang teraniaya, doa mereka dimakbulkan Allah. Sebab tu kadang-kadang, kita ditimpa musibah. Contohnya, kereta rosak, tayar pancit dan kena saman. Sebab kita tak bayar hutang, duit kita ‘diambil’ dengan cara paksa. Jadi buka mata hati ye, silakan bayar hutang kalau nak hidup senang. Bagi Duit Pada Mak Ayah Sikit atau banyak bukan soalnya, bagi duit pada mak dan ayah dengan jumlah yang kita mampu. Beri setiap bulan, mak dan ayah yang menerima pemberian kita sangat gembira dan mereka pasti berdoa kita dimurahkan rezeki. Buat baik dengan mak ayah, janga...