Langkau ke kandungan utama

SOFI JIKAN KENE TAHAN PIHAK BERKUASA?

DIVA tidak faham dengan sikap sesetengah netizen yang gemar menyebarkan berita fitnah terutamanya apabila melibatkan kisah golongan artis.
Contohnya pelakon popular, Sofi Jikan yang kononnya ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung kes dadah apabila foto MyKad dan lesen memandu aktor berkenaan bersama daun kecil yang dipercayai dadah jenis ganja menjadi viral di laman sosial baru-baru ini.
Bukan apa, rakan-rakan Diva yang bertugas di meja jenayah juga pantas untuk cuba mendapatkan kesahihan berita tersebut, tambahan pula ia melibatkan golongan selebriti.
Menyedari penyebaran berita negatif berkenaan, Sofi akhirnya tampil membuat penjelasan kepada teman Diva bahawa berita itu tidak benar sama sekali.
Sebaliknya, Sofi menegaskan segala-galanya berlaku selepas dia kehilangan dompetnya yang mengandungi pengenalan diri baru-baru ini.
Kasihan pula Diva melihat Sofi diperlakukan sebegitu rupa. Begitu dahsyatnya penangan media sosial sehingga menyebabkan orang yang tidak bersalah menjadi mangsa.
Itu baru kes jenayah, belum dikira lagi berita kononnya ada artis yang sudah meninggal dunia sedangkan masih sihat walafiat berehat di rumah.
Yang sengaja mengada-adakan berita palsu satu hal, apatah lagi mereka yang tanpa segan silu menyebarkan berita tidak sahih berkenaan tanpa usul periksa.
Tak baik tau menyebar fitnah, berdosa. Jadi, Diva rasa ada baiknya memeriksa terlebih dulu kesahihan berita berkenaan, nanti tidak pasal-pasal kalian juga terheret sama ke muka pengadilan. Masa itu, menangis air mata darah pun tiada gunanya.
Diva: Di sebalik sambutan hangat peminat, ramai juga yang mengecam penamat drama Menanti Februari baru-baru ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0514&pub=Kosmo&sec=Diva_Interaktif&pg=dv_01.htm#ixzz4h1R29zIN 
Hakcipta terpelihara 

Catatan popular daripada blog ini

Nak Tahu Cara Masak Kari Ayam Lebih Enak? Baca ni!

Nak sediakan menu kari memang mudah. Rasanya sesiapa pun boleh menyediakannya.Ikut je resipi sedia ada. Tapi nak dapatkan rasa kuah kari yang power dan kawww, itu yang kena tau caranya. Mak-mak boleh cuba tip ini untuk jadikan masakan kari lebih sedap; 1.Pilih Rempah Asli Pemilihan rempah kari juga sangat penting bagi memastikan kuah kari jadi lebih sedap. Pastikan memilih rempah kari yang benar-benar asli dan tentukan pilihan rempah mengikut menu yang ingin disediakan. Terdapat dua jenis rempah kari, sama ada rempah kari ayam & daging atau rempah kari ikan & seafood. Tentukan pilihan rempah mengikut menu yang ingin disediakan. 2.Tumis hingga garing Pastikan semasa menumis rempah kari menggunakan minyak yang banyak. Masukkan sahaja rempah tersebut selepas menumis bawang dan bahan-bahan lain. Pastikan selalu dikacau dan keadaan rempah benar-benar garing sebelum dimasukkan santan. 3.Santan Bagi kari daging dan ayam, memang lebih sedap ditambahkan dengan santan ag...

Balqis tersingkir Mentor minggu 12?

iNi yang admin tak puas hati ni.. Tak logik je gayenye. Vokal pun mantap macam orgnye. hehe.. Takpelah, dah takde rezeki kat situ lah kot..

MAKNA DISEBALIK WARNA AIR KENCING YANG ANDA PERLU TAHU

Kita selalu perasaan air kencing kita, kadang-kadang putih jernih, kadang-kadang kuning. Ada masa tertentu, kuningnya sangat pekat. Belum lagi warna air kencing yang pelik ketika hamil. Ada juga yang menghidapi air kencing kotor. Warna dan bau air kencing membawa makna yang penting tentang status kesihatan anda. Buah pinggang ialah organ yang bertanggungjawab menghasilkan kencing. Warna kuning pada air kencing pula disebabkan oleh pigmen yang disebut urochrome Warna air kencing yang normal ialah kuning pucat. Tahukah anda, tubuh manusia normal memerlukan sekurang-kurang 8-10 gelas air masak sehari ? Ia penting untuk mengelakkan tubuh kita daripada dehidrasi. Maksud dehidrasi adalah satu keadaan di mana tubuh kita kekurangan air. Baca lebih lanjut untuk mengetahui maksud warna air kencing Air Kencing Warna Jernih Bermaksud air dalam tubuh anda lebih dari cukup. Ini adalah baik. Walaubagaimanapun air kencing warna jernih juga boleh disebabkan oleh penyaki...