Langkau ke kandungan utama

Kenapa anda perlu mandi sebelum tidur?

Sebuah kajian terkini menjelaskan apakah manfaat yang diperolehi daripada rutin mandi sebelum tidur yang mungkin tidak banyak dilakukan oleh ramai orang. Anggapan bahawa mandi malam dapat menyebabkan penyakit rematik turut menjadi salah satu dari alasannya.

NAMUN, MENURUT KAJIAN TERBARU YANG DILAKUKAN OLEH CENTER FOR SLEEP MEDICINE DI NEW YORK, MANDI SEBELUM TIDUR DAPAT MEMBANTU ANDA UNTUK MENDAPATKAN TIDUR YANG NYENYAK DAN LEBIH RILEKS


 “Mandi adalah proses mendinginkan tubuh yang kemudiannya boleh merangsang hormon oksitosin atau kebahagiaan untuk mengusir tekanan dan membuat anda mudah untuk tertidur,” ujar Dr. Dianna Augelli selaku peneliti.
Lalu bilakah sebenarnya waktu yang tepat untuk anda mandi? Dianna mengatakan berikan jarak dalam 90 minit sebelum waktu untuk anda tidur untuk mandi. Mandi pada waktu tersebut, menurutnya, dapat memberikan isyarat pada tubuh bahawa anda telah siap untuk berehat.
“Biasanya ia akan dimulai dengan rasa ngantuk setelah mandi,” tambah dia.
Mungkin beberapa saat setelah mandi, tubuh kelihatan lebih segar. Namun seiring dengan perjalanan waktu anda akan mengalami proses pendinginan yang bakal mendatangkan rasa ngantuk luar biasa. Dalam tahap ini anda akan mulai tertidur dengan nyenyak dan bangun dalam keadaan yang lebih segar pada keesokan harinya
Oleh itu bolehlah untuk anda mengamalkan mandi sebelum setiap kali anda ingin tidur agar anda lebih mudah untuk berasa ngantuk. Seterusnya membolehkan anda untuk tidur lebih lena dan bangun dengan lebih segar pada keesokannya.

Catatan popular daripada blog ini

Nak Tahu Cara Masak Kari Ayam Lebih Enak? Baca ni!

Nak sediakan menu kari memang mudah. Rasanya sesiapa pun boleh menyediakannya.Ikut je resipi sedia ada. Tapi nak dapatkan rasa kuah kari yang power dan kawww, itu yang kena tau caranya. Mak-mak boleh cuba tip ini untuk jadikan masakan kari lebih sedap; 1.Pilih Rempah Asli Pemilihan rempah kari juga sangat penting bagi memastikan kuah kari jadi lebih sedap. Pastikan memilih rempah kari yang benar-benar asli dan tentukan pilihan rempah mengikut menu yang ingin disediakan. Terdapat dua jenis rempah kari, sama ada rempah kari ayam & daging atau rempah kari ikan & seafood. Tentukan pilihan rempah mengikut menu yang ingin disediakan. 2.Tumis hingga garing Pastikan semasa menumis rempah kari menggunakan minyak yang banyak. Masukkan sahaja rempah tersebut selepas menumis bawang dan bahan-bahan lain. Pastikan selalu dikacau dan keadaan rempah benar-benar garing sebelum dimasukkan santan. 3.Santan Bagi kari daging dan ayam, memang lebih sedap ditambahkan dengan santan ag...

MAKNA DISEBALIK WARNA AIR KENCING YANG ANDA PERLU TAHU

Kita selalu perasaan air kencing kita, kadang-kadang putih jernih, kadang-kadang kuning. Ada masa tertentu, kuningnya sangat pekat. Belum lagi warna air kencing yang pelik ketika hamil. Ada juga yang menghidapi air kencing kotor. Warna dan bau air kencing membawa makna yang penting tentang status kesihatan anda. Buah pinggang ialah organ yang bertanggungjawab menghasilkan kencing. Warna kuning pada air kencing pula disebabkan oleh pigmen yang disebut urochrome Warna air kencing yang normal ialah kuning pucat. Tahukah anda, tubuh manusia normal memerlukan sekurang-kurang 8-10 gelas air masak sehari ? Ia penting untuk mengelakkan tubuh kita daripada dehidrasi. Maksud dehidrasi adalah satu keadaan di mana tubuh kita kekurangan air. Baca lebih lanjut untuk mengetahui maksud warna air kencing Air Kencing Warna Jernih Bermaksud air dalam tubuh anda lebih dari cukup. Ini adalah baik. Walaubagaimanapun air kencing warna jernih juga boleh disebabkan oleh penyaki...

Murah Rezeki?

Jom amalkan lima perkara ini, lakukan dengan ikhlas dan sentiasa istiqamah. Insya-Allah rezeki tidak akan putus malah semakin bertambah. Bayar Hutang Kalau ada hutang dengan orang, lunaskan. Jangan tangguh-tangguh terutama apabila sudah berjanji nak bayar pada tarikh tertentu. Kalau kita mungkir janji, orang yang kita pinjam duit tak gembira. Dia mesti marah dan mungkin ada juga yang menyumpah kita. Mereka ini dikira orang teraniaya, doa mereka dimakbulkan Allah. Sebab tu kadang-kadang, kita ditimpa musibah. Contohnya, kereta rosak, tayar pancit dan kena saman. Sebab kita tak bayar hutang, duit kita ‘diambil’ dengan cara paksa. Jadi buka mata hati ye, silakan bayar hutang kalau nak hidup senang. Bagi Duit Pada Mak Ayah Sikit atau banyak bukan soalnya, bagi duit pada mak dan ayah dengan jumlah yang kita mampu. Beri setiap bulan, mak dan ayah yang menerima pemberian kita sangat gembira dan mereka pasti berdoa kita dimurahkan rezeki. Buat baik dengan mak ayah, janga...