Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2017

Cara Elakkan Bengkak Susu

Bengkak ini akan terjadi mungkin kerana, tidak menyusukan bayi dengan secukupnya, terlupa atau melengahkan waktu mengepam susu. Para suami tak boleh pandang remeh dengan bengkak susu sebab masalah ini boleh buat kaum ibu demam teruk dan kadang ada yang sampai kena operate buang nanah yang disebabkan oleh kelenjar susu yang tersumbat. Jom baca lebih lanjut, cara untuk mengurangkan bengkak susu... 1. Direct menyusu Ibu kena kerap direct feeding sehingga payudara betul-betul kosong. 2. Guna pam Jika bayi menolak, cuba untuk pam. Walaupun susu tidak keluar dengan banyak, ini meransang pengeluaran susu dari kelenjar susu yang tersumbat. 3. Tuam Tuam bahagian yang sakit dengan botol susu yang diisi air panas. 4. Kena urut Lakukan urutan menggunakan sikat dari arah pangkal payudara ke nipple. Atau lakukan urutan seperti di dalam gambar. 5. Guna kubis Letakkan kobis sejuk di dalam coli. Percayalah cara ini akan mengurangkan bengkak. Elakkan dari menutupi bahagian nipp

Nak Tahu Cara Masak Kari Ayam Lebih Enak? Baca ni!

Nak sediakan menu kari memang mudah. Rasanya sesiapa pun boleh menyediakannya.Ikut je resipi sedia ada. Tapi nak dapatkan rasa kuah kari yang power dan kawww, itu yang kena tau caranya. Mak-mak boleh cuba tip ini untuk jadikan masakan kari lebih sedap; 1.Pilih Rempah Asli Pemilihan rempah kari juga sangat penting bagi memastikan kuah kari jadi lebih sedap. Pastikan memilih rempah kari yang benar-benar asli dan tentukan pilihan rempah mengikut menu yang ingin disediakan. Terdapat dua jenis rempah kari, sama ada rempah kari ayam & daging atau rempah kari ikan & seafood. Tentukan pilihan rempah mengikut menu yang ingin disediakan. 2.Tumis hingga garing Pastikan semasa menumis rempah kari menggunakan minyak yang banyak. Masukkan sahaja rempah tersebut selepas menumis bawang dan bahan-bahan lain. Pastikan selalu dikacau dan keadaan rempah benar-benar garing sebelum dimasukkan santan. 3.Santan Bagi kari daging dan ayam, memang lebih sedap ditambahkan dengan santan ag

Isteri Tertekan Gara gara Suami Cemburu Buta

Saya telah mendirikan rumah tangga kira-kira lima tahun. Semuanya atas jodoh yang sama sekali saya tidak menyangka hadir semula selepas 10 tahun hidup sendirian. Sebelum menerima suami, saya meminta pendapat dari ahli keluarga, sama ada suami sesuai atau tidak jodohnya dengan saya. Ramai yang meminta saya menerimanya kerana bakal suami nampak baik dan mementingkan solat ketika kami baru berkenalan dahulu. Memandangkan pernah ada sejarah perkahwinan lalu yang agak menyedihkan, semua itu membuatkan saya menjadi lebih berhati-hati untuk melangkah ke frasa mendirikan rumah tangga semula.  Masih saya ingat, semasa perkahwinan pertama,  awalnya saja saya bahagia tetapi selepas itu rumah tangga mulai haru-biru bila suami diberhentikan kerja. Setahun berlalu dia masih selesa dengan caranya menjaga anak-anak dan hanya saya yang bekerja untuk melunasi semua hutang piutang yang kami buat semasa awal perkahwinan. Mulanya saya masih boleh bersabar tetapi lama kelamaan saya mulai bosan ke

5 Kesalahan Memakai Bra Yang Wanita Perlu Tahu!!

Hakikatnya ramai wanita di luar sana tidak memakai bra dengan cara yang betul. Akibatnya payudara cenderung menjadi kendur, tidak anjal dan berlakunya masalah benjolan lemak di sana sini. Untuk memelihara harta kaum Hawa, kami kongsikan kesalahan wanita dan tip tepat memakai payudara. 1. Memakai Cangkuk Coli Terakhir Cara Tepat:  Ramai wanita yang memakai cangkuk coli yang terakhir kerana mahukan keselesaan atau mengetatkan coli pada tubuh. Sebenarnya pemakaian coli mempunyai langkah khusus. Untuk pemakaian coli baru, anda disaran memulakan dengan cangkuk yang paling longgar. Jika coli terletak baik pada tubuh tanpa memberi kesan ketat, itu tandanya anda sudah menemui coli yang sesuai. 2. Tali Coli Belakang Terangkat Cara Tepat: Perhatikan bahagian belakang anda, pastikan tali coli tidak terangkat. Jika ini berlaku, anda salah memilih coli. Tali coli  yang dipakai sepatutnya selari dari bahagian depan sehingga ke belakang. Barulah ia melekap sempurna pada tubuh.

Movie Animations Studio dapat Sambutan Hangat Hari Pembukaan

LEBIH 5,000 pengunjung membanjiri Movie Animation Park Studios (MAPS) yang juga taman tema animasi pertama Asia pada hari pertama pembukaannya di Ipoh, hari ini. Pra-pembukaan bermula 10 pagi itu berjalan lancar dengan pengunjung merasai sendiri pelbagai tarikan menarik yang disediakan di taman tema itu antaranya The Smurfs, BoBoiBoy, Stunt Legends Arena dan kafe aiskrim La Cremeria pertama di dunia. Ahli Lembaga Pengarah MAPS, Ramelle Ramli berkata, istimewanya pra-pembukaan ini dilakukan pada hari raya kedua dan sempena itu pihaknya menawarkan promosi hari raya dan pembukaan. "Melalui promosi ini, setiap pemegang tiket yang berkunjung ke MAPS sehingga 1 Julai ini akan diberikan satu tiket percuma untuk memberi peluang mereka berkunjung kali kedua. "Bagi pemegang pas tahunan dan pas Perak pula tempoh pas mereka dilanjutkan sehingga 13 bulan bermula dari hari pra-pembukaannya iaitu hari ini," katanya ketika ditemui di MAPS, Ipoh hari ini. Menurutnya, bagi temp

Ketahui lokasi terbaru pemasangan AES

Kuala Lumpur: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bertindak memasang tujuh lagi kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sebagai tambahan kepada 14 kamera AES sedia ada. Dalam kenyataan JPJ semalam, pemasangan kamera AES itu akan dilakukan di lokasi dikenal pasti sering berlaku kemalangan maut sebelum ini. Pemasangan itu dipercayai dilakukan JPJ dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) selepas meneliti beberapa lokasi kerap berlaku kemalangan. Sebelum ini, sebanyak 14 kamera AES dipasang di seluruh Semenanjung Malaysia. “Penambahan 14 kamera ini diyakini mampu mengurangkan jumlah kemalangan di negara ini,” jelas kenyataan itu. Antara 14 lokasi dipasang kamera AES sebelum ini adalah Kilometer (KM) 7 Jalan Maharajalela, Teluk Intan, KM 376 Lebuhraya PLUS Slim River, KM 91 Jalan Ipoh - Butterworth di Kerian, KM 85.5 Jalan Ipoh- Kuala Lumpur di Tapah, KM 205.6

Ketahui 6 jenis masakan udang yg ringkas

Buat penggemar udang, anda perlu tahu masakan udang yg paling mudah untuk dimasak agar anak2 dan suami sentiasa rindu masakan anda.. 1.UDANG GORENG BEREMPAH Bahan-bahan: 20 gm udang - dibersihkan 20 gm serbuk kari 10 gm serbuk jintan manis 10 gm serbuk jintan putih 10 gm serbuk cili Sebutir telur Garam dan lada sulah secukupnya Sedikit minyak Cara-cara membuat: 1. Campurkan serbuk kari, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan serbuk cili bersama sebutir telur dalam mangkuk. Kacau hingga sebati. 2. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. Kemudian masukkan udang yang telah dibersihkan. 3. Panaskan minyak dan goreng udang hingga garing. 2.TOM YAM UDANG Bahan-bahan: 200 gm udang - dibersihkan 2 batang serai - dihiris 15 gm cili padi - dititik Sedikit lengkuas - dihiris 2 helai daun limau Sedikit pes tom yam Garam secukup rasa Sedikit air Cara-cara membuat: 1. Panaskan air dalam kuali dan masukkan serai bersama lengkuas. Masukkan cili padi d

Ketahui 4 Langkah Untuk Dapatkan Duit Anda Kembali Apabila Anda Ditipu Melalui Transaksi Online

Hari ini saya nak share cara untuk mendapatkan duit apabila buyer di tipu melalui transaksi online. Senang saje dan dengan menggunakan cara ini, anda pasti akan dapat balik wang anda... Apabila dah kena tipu, 1st thing... Ini penting... Mesti ingat.... 1st yang kita kena buat, JANGAN UPDATE FACEBOOK... Tak guna update facebook.. Takkan dapat balik duit punya... 2nd, kita buat report polis.. Dalam report tak payah nak cakap banyak... Tak payah nak kata benda Tak sampai la kena tipu la ke ape2... Kalau awak boleh report kena tipu barang Tak sampai, seller boleh report kata dah sampai... & cerita ini Tak akan habis punya... Buyer cakap Tak dapat, seller cakap dah send ... Mmg bukan tanggungjawab polis atau bank nak selesaikan masalah ini... Diorang Xde kerja lain ke? Takkan nak settle kes mcm ni je... So biasanya diorang Tak follow up... So ape kita nak buat?? Dah lah kena kencing... Bazir masa dan bazir petrol pulak sekarang... Semasa report tuliskan sahaja,. SAYA TE

Kepala tak boleh keluar?

KANAK-kanak perempuan berusia tiga tahun tidak mampu bergerak hampir satu jam selepas kepalanya tersangkut pada lubang katil urut di sebuah rumah urut di Jalan Temenggong, Taman Ros, pagi ini. Dalam kejadian 11.17 pagi itu, Jessy Foong Jin Eu dipercayai bermain di bawah katil berkenaan sebelum memasukkan kepalanya menerusi lubang itu dari bawah. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada keluarga mangsa sebelum pegawai dan anggota bersama jentera bergegas ke lokasi kejadian. Katanya, sebaik tiba anggota bomba mendapati kepala mangsa tersangkut pada lubang kepala katil urut berkenaan. “Anggota bomba bertindak menggunakan gunting dan pisau untuk memotong kulit katil yang diperbuat daripada PVC (polivinil klorida) serta span di keliling leher mangsa hingga kepala mangsa dapat dikeluarkan. "Operasi mengeluarkan kepala mangsa mengambil masa kira-kira satu jam 30 minit," katanya ketika

Budak tiga tahun diberi dadah?

SEORANG nenek dari Havard Estate Bahagian 2, Gurun, terkejut apabila melihat tujuh video memaparkan cucu lelakinya berusia tiga tahun dipercayai diberi dadah oleh teman lelaki bekas menantunya, kelmarin. Wanita berusia 53 tahun itu (pengadu) melihat rakaman video itu jam 3 petang, kelmarin, selepas ditunjukkan oleh seorang lagi cucunya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, video berkenaan antaranya memaparkan cucu pengadu diberikan dadah oleh suspek dan dalam keadaan tidak berbaju, khayal serta tidak bermaya. Katanya, polis melakukan siasatan kes itu mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001, susulan laporan dibuat wanita itu petang semalam. "Kanak-kanak itu tinggal bersama ibu kandungnya dan teman lelaki ibunya. Pengadu bimbang mengenai keselamatan cucunya selepas melihat video berkenaan tular di Facebook. "Anak pengadu bercerai dengan ibu mangsa pada 2016 selepas menantunya ditangkap bersama suspe

Dibunuh, dikerat DENGAN KEJAM

LELAKI warga Bangladesh yang bekerja sebagai buruh kontrak pembinaan ditemui mati dibunuh dalam keadaan kejam apabila mayatnya dikerat sebelum dimasukkan ke dalam tiga karung guni plastik di rumah berkembar satu tingkat di Kampung Pengkalan Lebai Man, Sungai Petani 1 pagi, hari ini. Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata, mangsa yang dikenali sebagai Azad Late Mofyanuddin, 38, ditemui selepas teman wanita mangsa warga tempatan, 31, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Sungai Petani untuk mengesan teman lelakinya yang disyaki hilang sejak Jumaat lalu. “Menurut teman wanita mangsa, dia cuba bertemu dengan teman lelakinya di rumah sewa di Kampung Pengkalan Lebai Man itu sebelum ini, namun dihalang oleh dua rakan senegara mangsa yang tinggal serumah. “Teman wanita mangsa mempunyai akses ke rumah itu berbekalkan kunci yang pernah diberikan oleh mangsa. Dia kemudian bersama anggota polis masuk ke rumah berkenaan dan apabila dibuka, didapati kedua-

Melecur terkena renjatan elektrik

LELAKI, 47, melecur 50 peratus di badan akibat terkena renjatan elektrik ketika menjalankan kerja pembersihan menggunakan batang logam aluminium pada tiang platform 3, Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Sentul, Kuala Lumpur jam 9.30 pagi tadi. Difahamkan mangsa, Suhardi Muhtadi yang juga penyelia pekerja kontrak pembersihan stesen berkenaan sedang melakukan kerja pembersihan najis burung pada tiang platform 3 menggunakan batang aluminium. Saksi kejadian kejadian yang enggan dikenali berkata, mangsa dilihat menjolok tiang platform itu menggunakan batang logam aluminium untuk membersihkan najis burung. "Beberapa minit kemudian, saya melihat lelaki itu rebah dan badannya berasap akibat terkena renjatan elektrik. "Orang awam yang berada di lokasi kejadian menghubungi pihak ambulans sebelum pasukan perubatan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) tiba dan membawa mangsa kira-kira jam 10 pagi untuk rawatan lanjut," katanya. Sementara itu, pihak KTMB ketika di

12kg najis tersumbat punca buncit, sembelit

SEPASUKAN doktor membuang sebahagian usus seorang lelaki berusia 22 tahun di China kerana mengandungi 12.7 kilogram najis yang tersumbat dalam ususnya dipercayai bermula sejak lelaki itu masih bayi. Pakar bedah di Tenth People's Hospital di Shanghai, China, terpaksa membuang ususnya sepanjang 76 sentimeter yang membesar menyebabkan perutnya buncit seperti wanita sarat mengandung. Menurut laporan Inverse Science, doktor percaya lelaki itu menghidap penyakit Hirschsprung yang menyebabkan usus besar membengkak kerana saraf yang mengawal pembuangan najis tiada. Pesakit itu menyatakan dia sering mengalami sembelit dan terpaksa menggunakan julap bagi membuang air besar namun masalah dihadapinya berterusan lalu memutuskan membuat pemeriksaan di hospital. Ujian mendapati najis lelaki itu terkumpul sejak bertahun-tahun menyebabkan ususnya bengkak dan perut buncit. Dr Yin Lu yang mengetuai pembedahan itu berkata, pasukannya mengambil masa tiga jam untuk memotong dan membuang usus

70 rumah terjejas banjir kilat

HUJAN lebat selama sejam bermula jam 3 petang tadi di Jalan Mustika, Kampung Melayu Majidee dan Jalan Ubi, Johor Bahru, menyebabkan lebih 70 rumah mengalami kerosakan harta benda akibat banjir kilat. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Johor Bahru, Kapten (PA) Mohd Aziz Jupri berkata, kejadian menyebabkan persiapam Hari Raya lebih 200 penduduk terjejas akibat banjir kilat yang merosakan pelbagai barangan. Katanya, banjir kilat berlaku akibat hujan lebat dengan taburan hujan yang banyak menyebabkan air meningkat hingga ke paras pinggang bagi sesetengah kawasan. "Kira-kira 70 rumah terbabit dalam banjir kilat ini namun tiada pusat pemindahan dibuka kerana banjir surut sepenuhnya jam 5.20 petang tadi. "Mereka yang terjejas terdiri daripada 64 keluarga tempatan dan selebihnya adalah warga asing," katanya. Sementara itu, seorang penduduk, Zharyn Hassan, 33, mendakwa banjir sering berlaku di rumahnya di Jalan Masrikasejak tiga tahun lalu menyebabkan lebih enam keluarga

Suami isteri ajal bersama

MUHAMMAD Jabrullah Yahya, 27, dan Nur E'Ezati Md Sofri, 27 berkahwin September tahun lalu, namun semalam mereka temui ajal bersama selepas motosikal yang ditunggang dirempuh pacuan empat roda di Kilometer 4.9 Lebuh Raya Maju (MEX), berhampiran Plaza Tol Salak Selatan menghala Putrajaya, 5 petang kelmarin. Lebih memilukan, Nur E'Ezati dikatakan mengandung anak sulung. Suami isteri itu adalah kakitangan Hospital Pakar KPJ Tawakkal, Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain, berkata motosikal mangsa dirempuh di lorong kecemasan itu menyebabkan mereka tercampak ke penghadang besi di sebelah kiri lebuh raya. "Manakala motosikal mangsa diseret sejauh kira-kira 200 meter. "Kejadian menyebabkan Jabrullah cedera parah di dada sementara E'Ezati cedera di kepala dan disahkan maut di lokasi kejadian," katanya. Beliau berkata, seorang saksi mendakwa kenderaan pacuan empat

Nyaris buta mercun meletup di muka

SEORANG remaja 14 tahun hampir buta mata apabila mercun yang dibakarnya tiba-tiba meletup dalam kejadian jam 10 malam, di Taman Kluang Baru, Kluang, Johor, Ahad lalu. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham, berkata, kejadian berkenaan mula tular di media sosial malam tadi apabila kisahnya yang hilang penglihatan dimuat naik netizen. "Pihak polis mengesahkan kejadian berkenaan selepas merujuk kes berkenaan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang, malam tadi. "Hasil siasatan awal polis, kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 10 malam Ahad lalu, ketika mangsa sedang bermain mercun di Taman Kluang Baru, sebelum mercun padi dipegang tiba-tiba meletup, katanya. Menurut Mohamad Laham, mangsa dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom Kluangbagi mendapatkan rawatan. "Mangsa dimasukkan ke Wad Mata di Hospital Kluang dan hasil pemeriksaan, doktor mendapati mata sebelah kanannya cedera parah serta rosak manakala mata kirinya mengalami