Langkau ke kandungan utama

Suami isteri ajal bersama

MUHAMMAD Jabrullah Yahya, 27, dan Nur E'Ezati Md Sofri, 27 berkahwin September tahun lalu, namun semalam mereka temui ajal bersama selepas motosikal yang ditunggang dirempuh pacuan empat roda di Kilometer 4.9 Lebuh Raya Maju (MEX), berhampiran Plaza Tol Salak Selatan menghala Putrajaya, 5 petang kelmarin.

Lebih memilukan, Nur E'Ezati dikatakan mengandung anak sulung. Suami isteri itu adalah kakitangan Hospital Pakar KPJ Tawakkal, Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain, berkata motosikal mangsa dirempuh di lorong kecemasan itu menyebabkan mereka tercampak ke penghadang besi di sebelah kiri lebuh raya.

"Manakala motosikal mangsa diseret sejauh kira-kira 200 meter.

"Kejadian menyebabkan Jabrullah cedera parah di dada sementara E'Ezati cedera di kepala dan disahkan maut di lokasi kejadian," katanya.

Beliau berkata, seorang saksi mendakwa kenderaan pacuan empat roda itu menggunakan lorong kecemasan lalu melanggar motosikal mangsa.

"Kedua-dua mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Jun 2017 @ 12:20 AM
Sumber: Metro

Catatan popular daripada blog ini

BAGAIMANA UNTUK HILANGKAN KESAN DEGIL PADA KUALI/PERIUK?

Sebenarnya ada cara mudah untuk hilangkan kesan degil pada periuk rumah anda. Bahan-bahan: Air kosong, limau nipis. Jom lihat video tutorial ni:

MAKNA DISEBALIK WARNA AIR KENCING YANG ANDA PERLU TAHU

Kita selalu perasaan air kencing kita, kadang-kadang putih jernih, kadang-kadang kuning. Ada masa tertentu, kuningnya sangat pekat. Belum lagi warna air kencing yang pelik ketika hamil. Ada juga yang menghidapi air kencing kotor. Warna dan bau air kencing membawa makna yang penting tentang status kesihatan anda. Buah pinggang ialah organ yang bertanggungjawab menghasilkan kencing. Warna kuning pada air kencing pula disebabkan oleh pigmen yang disebut urochrome Warna air kencing yang normal ialah kuning pucat. Tahukah anda, tubuh manusia normal memerlukan sekurang-kurang 8-10 gelas air masak sehari ? Ia penting untuk mengelakkan tubuh kita daripada dehidrasi. Maksud dehidrasi adalah satu keadaan di mana tubuh kita kekurangan air. Baca lebih lanjut untuk mengetahui maksud warna air kencing Air Kencing Warna Jernih Bermaksud air dalam tubuh anda lebih dari cukup. Ini adalah baik. Walaubagaimanapun air kencing warna jernih juga boleh disebabkan oleh penyakit Hepatit

Isteri Tertekan Gara gara Suami Cemburu Buta

Saya telah mendirikan rumah tangga kira-kira lima tahun. Semuanya atas jodoh yang sama sekali saya tidak menyangka hadir semula selepas 10 tahun hidup sendirian. Sebelum menerima suami, saya meminta pendapat dari ahli keluarga, sama ada suami sesuai atau tidak jodohnya dengan saya. Ramai yang meminta saya menerimanya kerana bakal suami nampak baik dan mementingkan solat ketika kami baru berkenalan dahulu. Memandangkan pernah ada sejarah perkahwinan lalu yang agak menyedihkan, semua itu membuatkan saya menjadi lebih berhati-hati untuk melangkah ke frasa mendirikan rumah tangga semula.  Masih saya ingat, semasa perkahwinan pertama,  awalnya saja saya bahagia tetapi selepas itu rumah tangga mulai haru-biru bila suami diberhentikan kerja. Setahun berlalu dia masih selesa dengan caranya menjaga anak-anak dan hanya saya yang bekerja untuk melunasi semua hutang piutang yang kami buat semasa awal perkahwinan. Mulanya saya masih boleh bersabar tetapi lama kelamaan saya mulai bosan ke