Langkau ke kandungan utama

70 rumah terjejas banjir kilat

HUJAN lebat selama sejam bermula jam 3 petang tadi di Jalan Mustika, Kampung Melayu Majidee dan Jalan Ubi, Johor Bahru, menyebabkan lebih 70 rumah mengalami kerosakan harta benda akibat banjir kilat.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Johor Bahru, Kapten (PA) Mohd Aziz Jupri berkata, kejadian menyebabkan persiapam Hari Raya lebih 200 penduduk terjejas akibat banjir kilat yang merosakan pelbagai barangan.

Katanya, banjir kilat berlaku akibat hujan lebat dengan taburan hujan yang banyak menyebabkan air meningkat hingga ke paras pinggang bagi sesetengah kawasan.

"Kira-kira 70 rumah terbabit dalam banjir kilat ini namun tiada pusat pemindahan dibuka kerana banjir surut sepenuhnya jam 5.20 petang tadi.

"Mereka yang terjejas terdiri daripada 64 keluarga tempatan dan selebihnya adalah warga asing," katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, Zharyn Hassan, 33, mendakwa banjir sering berlaku di rumahnya di Jalan Masrikasejak tiga tahun lalu menyebabkan lebih enam keluarga menanggung kerugian kerana air naik hingga paras lutut.

"Lebih menyedihkan perabot raya mengalami kerosakan teruk hingga terpaksa dibuang kerana tidak boleh digunakan lagi.

"Tiga perabot yang dibeli pada Oktober lalu, terpaksa ditukar dan kami tidak pasti sama ada peti sejuk yang baru dibeli Mac lalu, boleh digunakan atau tidak.

"Kami kini hanya akan menyambut Aidilfitri ala kadar kerana bimbang barang yang dibeli rosak akibat banjir kilat," katanya.

Berikutan itu, katanya, penduduk berharap pihak berkuasa mengambil langkah menyelesaikan masalah sistem perparitan yang dipercayai menjadi punca banjir kilat berlaku.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Jun 2017 @ 8:35 PM

Sumber: HM

Catatan popular daripada blog ini

Nak Tahu Cara Masak Kari Ayam Lebih Enak? Baca ni!

Nak sediakan menu kari memang mudah. Rasanya sesiapa pun boleh menyediakannya.Ikut je resipi sedia ada. Tapi nak dapatkan rasa kuah kari yang power dan kawww, itu yang kena tau caranya. Mak-mak boleh cuba tip ini untuk jadikan masakan kari lebih sedap; 1.Pilih Rempah Asli Pemilihan rempah kari juga sangat penting bagi memastikan kuah kari jadi lebih sedap. Pastikan memilih rempah kari yang benar-benar asli dan tentukan pilihan rempah mengikut menu yang ingin disediakan. Terdapat dua jenis rempah kari, sama ada rempah kari ayam & daging atau rempah kari ikan & seafood. Tentukan pilihan rempah mengikut menu yang ingin disediakan. 2.Tumis hingga garing Pastikan semasa menumis rempah kari menggunakan minyak yang banyak. Masukkan sahaja rempah tersebut selepas menumis bawang dan bahan-bahan lain. Pastikan selalu dikacau dan keadaan rempah benar-benar garing sebelum dimasukkan santan. 3.Santan Bagi kari daging dan ayam, memang lebih sedap ditambahkan dengan santan ag...

MAKNA DISEBALIK WARNA AIR KENCING YANG ANDA PERLU TAHU

Kita selalu perasaan air kencing kita, kadang-kadang putih jernih, kadang-kadang kuning. Ada masa tertentu, kuningnya sangat pekat. Belum lagi warna air kencing yang pelik ketika hamil. Ada juga yang menghidapi air kencing kotor. Warna dan bau air kencing membawa makna yang penting tentang status kesihatan anda. Buah pinggang ialah organ yang bertanggungjawab menghasilkan kencing. Warna kuning pada air kencing pula disebabkan oleh pigmen yang disebut urochrome Warna air kencing yang normal ialah kuning pucat. Tahukah anda, tubuh manusia normal memerlukan sekurang-kurang 8-10 gelas air masak sehari ? Ia penting untuk mengelakkan tubuh kita daripada dehidrasi. Maksud dehidrasi adalah satu keadaan di mana tubuh kita kekurangan air. Baca lebih lanjut untuk mengetahui maksud warna air kencing Air Kencing Warna Jernih Bermaksud air dalam tubuh anda lebih dari cukup. Ini adalah baik. Walaubagaimanapun air kencing warna jernih juga boleh disebabkan oleh penyaki...

Murah Rezeki?

Jom amalkan lima perkara ini, lakukan dengan ikhlas dan sentiasa istiqamah. Insya-Allah rezeki tidak akan putus malah semakin bertambah. Bayar Hutang Kalau ada hutang dengan orang, lunaskan. Jangan tangguh-tangguh terutama apabila sudah berjanji nak bayar pada tarikh tertentu. Kalau kita mungkir janji, orang yang kita pinjam duit tak gembira. Dia mesti marah dan mungkin ada juga yang menyumpah kita. Mereka ini dikira orang teraniaya, doa mereka dimakbulkan Allah. Sebab tu kadang-kadang, kita ditimpa musibah. Contohnya, kereta rosak, tayar pancit dan kena saman. Sebab kita tak bayar hutang, duit kita ‘diambil’ dengan cara paksa. Jadi buka mata hati ye, silakan bayar hutang kalau nak hidup senang. Bagi Duit Pada Mak Ayah Sikit atau banyak bukan soalnya, bagi duit pada mak dan ayah dengan jumlah yang kita mampu. Beri setiap bulan, mak dan ayah yang menerima pemberian kita sangat gembira dan mereka pasti berdoa kita dimurahkan rezeki. Buat baik dengan mak ayah, janga...