Langkau ke kandungan utama

5 Kesalahan Memakai Bra Yang Wanita Perlu Tahu!!

Hakikatnya ramai wanita di luar sana tidak memakai bra dengan cara yang betul.
Akibatnya payudara cenderung menjadi kendur, tidak anjal dan berlakunya masalah benjolan lemak di sana sini. Untuk memelihara harta kaum Hawa, kami kongsikan kesalahan wanita dan tip tepat memakai payudara.

1. Memakai Cangkuk Coli Terakhir

Cara Tepat:  Ramai wanita yang memakai cangkuk coli yang terakhir kerana mahukan keselesaan atau mengetatkan coli pada tubuh. Sebenarnya pemakaian coli mempunyai langkah khusus. Untuk pemakaian coli baru, anda disaran memulakan dengan cangkuk yang paling longgar. Jika coli terletak baik pada tubuh tanpa memberi kesan ketat, itu tandanya anda sudah menemui coli yang sesuai.

2. Tali Coli Belakang Terangkat

Cara Tepat: Perhatikan bahagian belakang anda, pastikan tali coli tidak terangkat. Jika ini berlaku, anda salah memilih coli. Tali coli  yang dipakai sepatutnya selari dari bahagian depan sehingga ke belakang. Barulah ia melekap sempurna pada tubuh.

3. Memendekkan Tali Coli

Cara Tepat: Ramai wanita yang mengetat atau memendekkan tali coli sehingga meninggalkan kesan pada bahagian bahu. Tali yang ketat mencengkam isi di bahagian ini dan membuatkan tubuh berasa sakit. Sepatutnya, tali coli yang sepadan tidak akan meninggalkan bekas pada tubuh. Jika anda mengetatkan tali bra kerana mahu mengemaskan payudara, itu tandanya mangkuk (cup) tidak sesuai dengan saiz payudara.

4. Terdapat Benjolan

Cara Tepat: Perhatikan dengan telus, jika terdapat benjolan terkeluar di bahagian bawah ketiak, sisi dada atau bahagian atas, itu tandanya mangkuk tersebut tidak dapat menampung saiz payudara anda. Sepatutnya coli yang tepat, tidak menyebabkan benjolan terkeluar daripada mangkuk. Anda disaran memilih mangkuk yang besar bersesuaian dengan saiz payudara anda. Pastikan tiada benjolan terkeluar walaupun ketika anda mengangkat tangan.




5. Mangkuk Tidak Melekap

Cara Tepat: Mangkuk yang sesuai mestilah melekap elok pada payudara dan tubuh anda. Jika mangkuk terangkat, ertinya coli itu tidak sesuai buat anda. Mangkuk coli yang tepat akan melindungi dan menampung payudara agar terletak elok tanpa meninggalkan rasa sakit pada bahagian ini.

Sumber: MW

Catatan popular daripada blog ini

Nak Tahu Cara Masak Kari Ayam Lebih Enak? Baca ni!

Nak sediakan menu kari memang mudah. Rasanya sesiapa pun boleh menyediakannya.Ikut je resipi sedia ada. Tapi nak dapatkan rasa kuah kari yang power dan kawww, itu yang kena tau caranya. Mak-mak boleh cuba tip ini untuk jadikan masakan kari lebih sedap; 1.Pilih Rempah Asli Pemilihan rempah kari juga sangat penting bagi memastikan kuah kari jadi lebih sedap. Pastikan memilih rempah kari yang benar-benar asli dan tentukan pilihan rempah mengikut menu yang ingin disediakan. Terdapat dua jenis rempah kari, sama ada rempah kari ayam & daging atau rempah kari ikan & seafood. Tentukan pilihan rempah mengikut menu yang ingin disediakan. 2.Tumis hingga garing Pastikan semasa menumis rempah kari menggunakan minyak yang banyak. Masukkan sahaja rempah tersebut selepas menumis bawang dan bahan-bahan lain. Pastikan selalu dikacau dan keadaan rempah benar-benar garing sebelum dimasukkan santan. 3.Santan Bagi kari daging dan ayam, memang lebih sedap ditambahkan dengan santan ag...

Balqis tersingkir Mentor minggu 12?

iNi yang admin tak puas hati ni.. Tak logik je gayenye. Vokal pun mantap macam orgnye. hehe.. Takpelah, dah takde rezeki kat situ lah kot..

MAKNA DISEBALIK WARNA AIR KENCING YANG ANDA PERLU TAHU

Kita selalu perasaan air kencing kita, kadang-kadang putih jernih, kadang-kadang kuning. Ada masa tertentu, kuningnya sangat pekat. Belum lagi warna air kencing yang pelik ketika hamil. Ada juga yang menghidapi air kencing kotor. Warna dan bau air kencing membawa makna yang penting tentang status kesihatan anda. Buah pinggang ialah organ yang bertanggungjawab menghasilkan kencing. Warna kuning pada air kencing pula disebabkan oleh pigmen yang disebut urochrome Warna air kencing yang normal ialah kuning pucat. Tahukah anda, tubuh manusia normal memerlukan sekurang-kurang 8-10 gelas air masak sehari ? Ia penting untuk mengelakkan tubuh kita daripada dehidrasi. Maksud dehidrasi adalah satu keadaan di mana tubuh kita kekurangan air. Baca lebih lanjut untuk mengetahui maksud warna air kencing Air Kencing Warna Jernih Bermaksud air dalam tubuh anda lebih dari cukup. Ini adalah baik. Walaubagaimanapun air kencing warna jernih juga boleh disebabkan oleh penyaki...