Langkau ke kandungan utama

Ketahui lokasi terbaru pemasangan AES

Kuala Lumpur: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bertindak memasang tujuh lagi kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sebagai tambahan kepada 14 kamera AES sedia ada.

Dalam kenyataan JPJ semalam, pemasangan kamera AES itu akan dilakukan di lokasi dikenal pasti sering berlaku kemalangan maut sebelum ini.

Pemasangan itu dipercayai dilakukan JPJ dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) selepas meneliti beberapa lokasi kerap berlaku kemalangan.

Sebelum ini, sebanyak 14 kamera AES dipasang di seluruh Semenanjung Malaysia.

“Penambahan 14 kamera ini diyakini mampu mengurangkan jumlah kemalangan di negara ini,” jelas kenyataan itu.

Antara 14 lokasi dipasang kamera AES sebelum ini adalah

Kilometer (KM) 7 Jalan Maharajalela,
Teluk Intan,
KM 376 Lebuhraya PLUS Slim River,
KM 91 Jalan Ipoh - Butterworth di Kerian,
KM 85.5 Jalan Ipoh- Kuala Lumpur di Tapah,
KM 205.6 Lebuhraya PLUS Taiping Utara,
KM 26 Jalan Ipoh- Kuala Kangsar di Sungai Siput,
Jalan Pasir Putih, Ipoh,
KM 7.7 Sungai Besi,
Jalan Persiaran Timur Putrajaya,
KM 301.9 Kajang,
Jalan Lebuh Sentosa, Putrajaya,
KM 6.6 Jalan Kajang/ Puchong,
Jalan Klang Lama dan Jalan Ipoh.

Tujuh lokasi yang baru dipasang kamera AES pula adalah di

KM 151.4 Lebuhraya Plus - Pagoh,
KM 299.9 Lebuhraya Plus-Kampar,
KM 17 Jalan Gua Musang - Kuala Krai,
KM 96.3 Lebuhraya Plus -Kuala Muda,
KM 256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 berhampiran Chenih,
KM 288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 berhampiran Chukai dan
KM 146.8 Lebuhraya Plus - Pagoh.

Selain itu, empat lampu isyarat yang dipasang kamera AES adalah di

KM 26 Jalan Ipoh - Kuala Kangsar (persimpangan Kampung Kerdah),
Jalan Pasir Putih-Ipoh (persimpangan Jalan Temenggung),
Jalan Ipoh, Kuala Lumpur (persimpangan Jalan Perhentian, Sentul) dan
Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur (persimpangan Jalan Sepadu).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Jun 2017 @ 10:16 AM
Sumber:HM

Catatan popular daripada blog ini

Nak Tahu Cara Masak Kari Ayam Lebih Enak? Baca ni!

Nak sediakan menu kari memang mudah. Rasanya sesiapa pun boleh menyediakannya.Ikut je resipi sedia ada. Tapi nak dapatkan rasa kuah kari yang power dan kawww, itu yang kena tau caranya. Mak-mak boleh cuba tip ini untuk jadikan masakan kari lebih sedap; 1.Pilih Rempah Asli Pemilihan rempah kari juga sangat penting bagi memastikan kuah kari jadi lebih sedap. Pastikan memilih rempah kari yang benar-benar asli dan tentukan pilihan rempah mengikut menu yang ingin disediakan. Terdapat dua jenis rempah kari, sama ada rempah kari ayam & daging atau rempah kari ikan & seafood. Tentukan pilihan rempah mengikut menu yang ingin disediakan. 2.Tumis hingga garing Pastikan semasa menumis rempah kari menggunakan minyak yang banyak. Masukkan sahaja rempah tersebut selepas menumis bawang dan bahan-bahan lain. Pastikan selalu dikacau dan keadaan rempah benar-benar garing sebelum dimasukkan santan. 3.Santan Bagi kari daging dan ayam, memang lebih sedap ditambahkan dengan santan ag...

MAKNA DISEBALIK WARNA AIR KENCING YANG ANDA PERLU TAHU

Kita selalu perasaan air kencing kita, kadang-kadang putih jernih, kadang-kadang kuning. Ada masa tertentu, kuningnya sangat pekat. Belum lagi warna air kencing yang pelik ketika hamil. Ada juga yang menghidapi air kencing kotor. Warna dan bau air kencing membawa makna yang penting tentang status kesihatan anda. Buah pinggang ialah organ yang bertanggungjawab menghasilkan kencing. Warna kuning pada air kencing pula disebabkan oleh pigmen yang disebut urochrome Warna air kencing yang normal ialah kuning pucat. Tahukah anda, tubuh manusia normal memerlukan sekurang-kurang 8-10 gelas air masak sehari ? Ia penting untuk mengelakkan tubuh kita daripada dehidrasi. Maksud dehidrasi adalah satu keadaan di mana tubuh kita kekurangan air. Baca lebih lanjut untuk mengetahui maksud warna air kencing Air Kencing Warna Jernih Bermaksud air dalam tubuh anda lebih dari cukup. Ini adalah baik. Walaubagaimanapun air kencing warna jernih juga boleh disebabkan oleh penyaki...

Murah Rezeki?

Jom amalkan lima perkara ini, lakukan dengan ikhlas dan sentiasa istiqamah. Insya-Allah rezeki tidak akan putus malah semakin bertambah. Bayar Hutang Kalau ada hutang dengan orang, lunaskan. Jangan tangguh-tangguh terutama apabila sudah berjanji nak bayar pada tarikh tertentu. Kalau kita mungkir janji, orang yang kita pinjam duit tak gembira. Dia mesti marah dan mungkin ada juga yang menyumpah kita. Mereka ini dikira orang teraniaya, doa mereka dimakbulkan Allah. Sebab tu kadang-kadang, kita ditimpa musibah. Contohnya, kereta rosak, tayar pancit dan kena saman. Sebab kita tak bayar hutang, duit kita ‘diambil’ dengan cara paksa. Jadi buka mata hati ye, silakan bayar hutang kalau nak hidup senang. Bagi Duit Pada Mak Ayah Sikit atau banyak bukan soalnya, bagi duit pada mak dan ayah dengan jumlah yang kita mampu. Beri setiap bulan, mak dan ayah yang menerima pemberian kita sangat gembira dan mereka pasti berdoa kita dimurahkan rezeki. Buat baik dengan mak ayah, janga...