Langkau ke kandungan utama

Nak Tahu Cara Masak Kari Ayam Lebih Enak? Baca ni!

Nak sediakan menu kari memang mudah. Rasanya sesiapa pun boleh menyediakannya.Ikut je resipi sedia ada. Tapi nak dapatkan rasa kuah kari yang power dan kawww, itu yang kena tau caranya.

Mak-mak boleh cuba tip ini untuk jadikan masakan kari lebih sedap;

1.Pilih Rempah Asli

Pemilihan rempah kari juga sangat penting bagi memastikan kuah kari jadi lebih sedap. Pastikan memilih rempah kari yang benar-benar asli dan tentukan pilihan rempah mengikut menu yang ingin disediakan.
Terdapat dua jenis rempah kari, sama ada rempah kari ayam & daging atau rempah kari ikan & seafood. Tentukan pilihan rempah mengikut menu yang ingin disediakan.

2.Tumis hingga garing

Pastikan semasa menumis rempah kari menggunakan minyak yang banyak. Masukkan sahaja rempah tersebut selepas menumis bawang dan bahan-bahan lain. Pastikan selalu dikacau dan keadaan rempah benar-benar garing sebelum dimasukkan santan.

3.Santan

Bagi kari daging dan ayam, memang lebih sedap ditambahkan dengan santan agar menambah rasa lemak pada kuah kari. Namun bagi kari jenis makanan laut seperti udang,ketam, sotong mahupun ikan, tidak perlu menambah santan untuk menjadikan ia lebih sedap dan tidak 'kacau' rasa.

4.Lebihkan hirisan bawang putih dan halia

Hirisan bawang putih dan halia juga dapat membantu meningkatkan keenakan rasa dan aroma hidangan kari yang disediakan.

5.Asam jawa

Jangan pernah tinggal untuk menambah asam jawa ke dalam masakan. Ini akan dapat membantu memberi rasa masakan lebih enak dan bercita rasa.

6.Kentang

Perlu tahu kentang lebih enak ditambah didalam kari ayam atau daging, berbanding kacang bendi yang lebih sesuai dimasukkan dalam kari udang mahupun ikan. Hirisan kentang juga berperanan untuk memekatkan lagi kuah kari dan sekali gus menjadikan hidangan lebih sedap dan menyelerakan.

7.Hilangkan bau

Jika anda ingin menyediakan kari ikan, sebaiknya campurkan asam jawa dan ramaskan bersama hampas kelapa parut untuk ‘hilangkan’ bau hanyir ikan tersebut.

8.Tambahkan rempah

Selain rempah kulit kayu manis dan bunga lawang, boleh juga dicampurkan dengan rempah lain seperti biji sawi, halba dan jintan putih. Elakkan jintan manis kerana ia akan merosakkan rasa kari.

9.Garam

Ketika menumis, anda boleh masukkan sedikit garam untuk menggaringkan rempah dengan baik dan setelah masukkan santan perasakan sekali lagi dengan garam.

10.Tomato

Memberi rasa masam yang original, masukkan bersama hirisan tomato untuk rasa yang lebih sempurna.

11.Daun kari

Tumis daun kari bersama dengan bahan tumisan lain untuk memastikan aromanya mewangi.

Sealamat mencuba...

Sumber: MW

Catatan popular daripada blog ini

MAKNA DISEBALIK WARNA AIR KENCING YANG ANDA PERLU TAHU

Kita selalu perasaan air kencing kita, kadang-kadang putih jernih, kadang-kadang kuning. Ada masa tertentu, kuningnya sangat pekat. Belum lagi warna air kencing yang pelik ketika hamil. Ada juga yang menghidapi air kencing kotor. Warna dan bau air kencing membawa makna yang penting tentang status kesihatan anda. Buah pinggang ialah organ yang bertanggungjawab menghasilkan kencing. Warna kuning pada air kencing pula disebabkan oleh pigmen yang disebut urochrome Warna air kencing yang normal ialah kuning pucat. Tahukah anda, tubuh manusia normal memerlukan sekurang-kurang 8-10 gelas air masak sehari ? Ia penting untuk mengelakkan tubuh kita daripada dehidrasi. Maksud dehidrasi adalah satu keadaan di mana tubuh kita kekurangan air. Baca lebih lanjut untuk mengetahui maksud warna air kencing Air Kencing Warna Jernih Bermaksud air dalam tubuh anda lebih dari cukup. Ini adalah baik. Walaubagaimanapun air kencing warna jernih juga boleh disebabkan oleh penyaki...

Murah Rezeki?

Jom amalkan lima perkara ini, lakukan dengan ikhlas dan sentiasa istiqamah. Insya-Allah rezeki tidak akan putus malah semakin bertambah. Bayar Hutang Kalau ada hutang dengan orang, lunaskan. Jangan tangguh-tangguh terutama apabila sudah berjanji nak bayar pada tarikh tertentu. Kalau kita mungkir janji, orang yang kita pinjam duit tak gembira. Dia mesti marah dan mungkin ada juga yang menyumpah kita. Mereka ini dikira orang teraniaya, doa mereka dimakbulkan Allah. Sebab tu kadang-kadang, kita ditimpa musibah. Contohnya, kereta rosak, tayar pancit dan kena saman. Sebab kita tak bayar hutang, duit kita ‘diambil’ dengan cara paksa. Jadi buka mata hati ye, silakan bayar hutang kalau nak hidup senang. Bagi Duit Pada Mak Ayah Sikit atau banyak bukan soalnya, bagi duit pada mak dan ayah dengan jumlah yang kita mampu. Beri setiap bulan, mak dan ayah yang menerima pemberian kita sangat gembira dan mereka pasti berdoa kita dimurahkan rezeki. Buat baik dengan mak ayah, janga...